Monday 22 January 2018

KERANA MATA AKU JATUH

MATA


Mata.
Melihat.
Menilai.

Mata yang indah,
Membuat aku terpana,
Terdiam kaku, seakan hati ku membeku.

Hati yang mulai sembuh,
Ku buka kembali,
Untuk merasakan keindahan dunia ciptaan-Nya.

Mata..
Hanya dengan menatap..
Dia kan merayap masuk ke hati...


Mata..
Saat kulihat didalamnya,
Aku jatuh terperosok ke dalam jurang,
Sesaat, akan rasa tersesat didalam hutan kasih.

Sehingga kini,
Aku ingin menatap indah matamu,
Agar satu detik, akan menyatukan tatapan kita,
Dan membuatku kembali hanyut dalam kasihmu.

Sungguh,
Tidak hanya mataku yang terjebak
TAPI JUGA HATIKU.


Dari Mata Turun Ke Hati..-Huna-2018

Saturday 20 January 2018

KACA DAN PERMATA, MANA PILIHAN HATI?

GLASS ft. DIAMOND

THE TEARS CAN'T FALL FOREVER GORGEOUS
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

GLASS 
Could be valuable for its own shine;
But, once its broke, it's just even can hurt.

DIAMOND
Is someTHING that so valuable on its shining;
Even when its getting broke, its still have its own value.
-HuNa- 


Kalau diberi pilihan memang semua orang akan memilih permata. Tiada siapa yang nak memilih kaca, kaca di ibaratkan sesuatu yang tak berharga kalau dibandingkan dengan permata.
Tetapi pandai ke kita menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata? Ada kalanya kita terkeliru dengan kilauannya dan warnanya. Lantas kita berlari mendapatkannya, risau terlepas peluang memilikinya. Kita genggamnya erat dalam tangan. Berasa bahagia kerana berjaya mendapatkan permata. Namun tanpa kita sedari, darah merah mengalir dari tangan, rupanya dalam genggaman hanya kaca pecah yang tidak bernilai. Hancur harapan kita. Ditambah pula dengan kelukaan yang dialami, kita pula yang menanggung sakitnya…
Adakalanya pula dalam genggaman kita ada sebutir permata yang kecil yang sinarnya agak suram. Kita mula merasa bosan, dan mula mencari kilauan cahaya yang datang dari pancaran serpihan kaca yang pelbagai bentuk di sekeliling kita. Kita mula mengutipnya satu persatu dengan harapan ada permata yang lebih bersinar di kalangan serpihan kaca yang berselerakkan.
Namun kerana terlalu asyik berkhayal dan mengharapkan sesuatu yang sempurna, sebutir permata yang setelah sekian lama dalam genggaman, akhirnya hilang dek kealpaan kita sendiri.
KEPUTUSAN SEMUA DITANGAN KITA.. ADAKAH ANDA MAHU MELIHAT DARAH YANG MENGALIR SAAT MENGGENGGAM KACA DAN MELIHAT PERMATA JATUH MENGHILANG?

~SEKIAN~